Nuffnag Ads

Showing posts with label Live N Life. Show all posts
Showing posts with label Live N Life. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Bersyukur, Redha & Terima Seadanya..

Bicara ttg soal hati, Bicara ttg soal perasaan terlalu sukar utk dimengertikan. Segalanya berhubung-kait dgn sebuah perjalanan kehidupan. Makanya, bolehlah kita rangkumkan bahawa apa saja yg ingin kita fikirkan, apa saja yg ingin kita perkatakan, segalanya tak boleh lari daripada persoalan kehidupan ini.

Sejauh mana kita semua mengakui ungkapan bahawa hidup ini indah? Setakat mana pula di antara kita nie yg boleh terima hakikat bahawa yg indah tue tak semestinya membawa bahagia? Atau mungkin jawapan kita 'entah' - kerana kita sendiri tak pasti kehidupan bagaimana yg kita inginkan.

Sebenarnya soal keinginan setiap makhluk bernama manusia tue tak pernah terpuaskan. Buatlah bagaimana cara sekalipun, rasa ketidakpuasan tue akan wujud juga - tidak banyak sekelumit pasti ada! Makanya, dari soal kehidupan yg tak pernah keterpuasan, kita bedepan pula dgn kerenah nafsu! Nafsu yg bila-bila masa boleh menguasai kita, merajai kita.

Tak kurang banyaknya di antara makhluk bernama manusia di muka bumi yg fana nie tewas kerana nafsu! Bila keinginan tak pernah terpenuhkan, tak pernah terpuaskan, nafsulah yg menjadi penjana, menjadi peledak kepada rasa tak puas hati tue. Jadinya bagaimana sekarang? Bagaimana kita mahu meneruskan kehidupan sementara nie?

Bersyukurlah...kerana dgnnya hati kita akan lebih terbuka utk menerima apa jua hakikat. Walau pahit, walau perit...jika kita sentiasa ingat, jika kita sentiasa bersyukur bila mendapat kurniaan yg baik-baik. Malah boleh menerima walau musibah melanda, kerana ketika tue kita sedar bahawa setiap kejadian ada hikmah terselindung di sebaliknya.

Kalau kita rungutkan ttg nasib diri, kalau kita hibakan malang yg sentiasa menimpa, kalau kita kesalkan kekurangan yg dirasa, makanya...percayalah, kita tak akan ke mana-mana!

Memang, bukan mudah utk menerima sebuah kenyataan pahit dan perit. Tapi jika kita tak pernah mencuba utk menerimanya, sampai bila-bila pun kita tak akan hidup selesa.

Dunia nie fana - tak kekal, tidak akan selamanya yg kita miliki akan terus menjadi hak kita. Kita sendiri pun entah berapa lama boleh menyedut udara di bumi nie sebelum segalanya deberhentikan dan kita pun kembali ke asalnya.

Sebab tue kita kena berbalik pada hati. Pujuklah hati utk belajar kenerima kebaikan juga keburukan. Kita sudah tahu bahawa kehidupan nie sesuatu tue dijadikan berpasang-pasangan. Bukan setakat kita makhluk bernama manusia nie saja yg dijadikan berpasangan, malah yg lain-lain juga begitu. Ada buruk, ada baiknya...ada dosa, ada pula pahala. Bila kita tahu mengawal hati, mengawal perasaan...makanya, akan lebih mudah utk kita memilih di antara dua tue.

Namun, nafsu memang sukar diduga! Berapa ramai di antara kita sudah tahu dan terang-terang sesuatu tue boleh mendatangkan keburukan, tetapi meneruskan juga langkah meredah bahaya. Sedangkan, ada alternatif lain utk mengelak. Lihatlah bagaimana nafsu telah membutakan hati seseorang!

Bersyukur, redha dan terima seadanya...kita mampu utk menjadi kuat...amin...

Wednesday, August 25, 2010

Anugerah

Kadang-kadang perjuangan tue adalah sesuatu yg kita perlukan dlm hidup nie. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa sebarang dugaan dan rintangan, tue mungkin akan melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak akan jadi kuat, tabah dan yakin menempuh segala rintangan untuk meneruskan kehidupan...Sedikit sesuatu utk dikongsikan bersama, moga kita dapat apa yg kita perlukan...

Saya memohon kekuatan...
dan Tuhan memberi saya
kesulitan-kesulitan utk membuat saya kuat

Saya memohon kebijaksanaan...
dan Tuhan memberi saya
persoalan utk diselesaikan

Saya memohon kemakmuran...
dan Tuhan memberi saya
otak dan tenaga utk bekerja

Saya memohon keteguhan hati...
dan Tuhan memberi saya
bahaya utk diatasi

Saya memohon cinta...
dan Tuhan memberi saya
orang-orang bermasalah utk ditolong

Saya memohon kemurahan/kebaikan hati...
dan Tuhan memberi saya
kesempatan-kesempatan

Saya tidak memperoleh yg saya inginkan
Saya mendapatkan segala yg saya perlukan...

* Dalam hidup..seringkali yg terlihat hanyalah 'apa yg kita inginkan', membuatkan kita terlepas pandang akan 'apa yg kita perlukan'...dengan melalui 'apa yg kita perlukan', barulah kita boleh mendapatkan 'apa yg kita inginkan'...Fikir dan renungkanlah...

Monday, August 16, 2010

Untuk Para Isteri

Dlm hubungan sure byk onak dan duri...ombak badai yg sntiase menghempas...yg penting pokok pangkalnyer...nie ade satu cerita...ayat yg pnjg,tp kesimpulan yg mudah dan ringkas...same2 kite renungkan...
'"Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Da
n ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. “Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab de
ngan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”


Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…


‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”


“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berus
aha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya te
rpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih d
ari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.'"

Friday, May 7, 2010

Ekspresi Emosi Lelaki

Lelaki sering kelihatan macam tak ada gangguan emosi. Semuanya kelihatan mendatar tetapi sebaik ada tanda-tanda emosi, yang kelihatan adalah marah-marah.

Sejak dulu sampai sekarang, kata 'emosi' nie dikaitkan dgn reaksi kuat perasaan seseorang. Bezanya, dulu lelaki dan wanita sama-sama dianggap amat tabu kalau menunjukkan emosi, spt tertawa terbahak-bahak, menangis atau melepas marah. Seiring bergeraknya waktu, perbezaan peranan lelaki dan wanita juga besar. Lelaki 'diwajibkan' utk bekerja mencari nafkah dan dituntut makin agresif dan kompetitif.

Selain itu, sudah jadi peraturan bahawa lelaki tugasnya melindungi keluarga. Makanya dari dulu lelaki tak boleh menunjukkan emosinya. Dari sudut fizikal, bawaan biologis boleh juga mempengaruhi. Hormon testosteron yang dihasilkan oleh lelaki punya kecenderungan utk membuatnya agresif dan dominan, sementara sindroma pra-haid membuat wanita punya emosi turun naik.

Menangis??? Lelaki biasanya pantang menangis dan alergi melihat orang menangis. Pendapat spt nie ternyata msh berlaku sampai skrg. Yg menariknya lagi, para atlet yg dianggap sbg lelaki kuat, malah blh sering kelihatan menangis di depan umum ketika kalah atau menang satu-satu pertandingan.

Meskipun tiap-tiap budaya punya cara pelampiasan emosi yg berbeza dan beragam, di mana-mana lelaki cenderung tak blh mengekspresikan emosinya dibandingkan wanita. Makanya lelaki seringkali bingung apabila berdepan dgn wanita menangis. Alasannya, amat sukar bagi lelaki utk memahami emosi wanita dan cara mereka melampiaskan emosinya tue.

Tidak hairan jika kebanyakan lelaki lbh suka menghindar kalau wanita sudah mulai menunjukkan emosinya.

Jgn salah tanggapan, biarpun demikian lelaki juga blh emosional, terutamanya jika mereka...
> mendapat tanggapan negatif dari wanita
> kehilangan orang yg dicintai
> tak mampu meraih keinginan atau harapan
> mendapat anak
> dipermainkan orang
> berasa kesepian
> berhasil menyelesaikan hal yg direncankan sejak lama (hampir sama dgn wanita)

Tak perlu panik, hadapi saja dgn cara begini...
> bersikap peka - krn tanda-tanda yg mereka keluarkan terlalu minimum
> tunggu saat yg tepat utk membicarakan sst. Jgn dtg2 langsung bla.. bla.. bla...
> ada hal-hal tertentu yg lbh baik jgn diungkapkan sama sekali, soalnya kalau diungkit mungkin semakin besar ributnya
> lbh baik mengungkapkan simpati dibanding mengungkapkan kebimbangan kita yg seringkali berlebihan
> tak over-reactive
> enjoy saja ketika mereka mengungkapkan perasaan positif
> bantu mengenali pelbagai jenis emosi dgn cara mengungkapkan pelbagai emosi kita
> bersikap terbuka sehingga dia tak ragu-ragu mengutarakan perasaannya

Tahu tak???
> ekspresi emosi lelaki blh dipicu oleh sst yg ekstrem, misalnya yg sgt menyedihkan atau membahagiakan. Begitu pula dgn olahraga atau sst yg 'keras' dan menantang
> lelaki lbh mudah kena stroke atau nervous breakdown kerana emosi negatifnya lbh byk ditumpu dan dipendam yg akhirnya blh mengganggu saraf
> hanya satu di antara 100 lelaki yg mampu menghadapi masa-masa sulit ketika pasangannya sakit tenat
> biarpun suka diprotes gara-gara tak blh mengekspresikan perasaan, ternyata kebanyakan wanita lbh suka dgn lelaki yg tampak maskulin

Tuesday, May 4, 2010

Kenangan Manis

Tetibe...aku 'ter'rajin plak nak bukak fail u aku...xbyk mane pon yg ade dlm tue...yg byk pon note2 study jer...tp nk kate byk pon byk lg paper2 study yg menimbun dlm bilik aku nie...huh,keje xde kene mengene plak dgn ape yg aku blaja dulu...wpn dulu mcm dh agak...

Tp lantak la...dlm byk2 yg best aku tatap, sume gmbr2 yg mana sempat aku terakam spjg aku kat u dulu tue...kosmate aku,kolejmate aku...windu sey korg sume...wpn sume dh menjauh skrg nie, tp dlm hati tetap ade...bese la mcm kate adnan sempit...dlm hati ada taman beb...haha...

Sure rindu beb bile terungkap balik citer2 lame..lg time aku final year...da most lively time in universiti...Windu ar korg sume, Luv u all bebeh...












A piece of da sweetest...

Monday, May 3, 2010

A to Z


A : Accept
Terimalah diri anda sebagaimana adanya

B : Believe
Percayalah terhadap kemampuan anda untuk meraih apa yang anda inginkan dalam hidup

C : Care
Pedulilah pada diri yg sebenarnya berkemampuan untuk meraih apa yang diingini dalam hidup

D : Direct
Arahkan fikiran pada hal-hal positif yang meningkatkan kepercayaan diri

E : Earn
Terimalah penghargaan yang diberi orang lain dengan tetap berusaha menjadi yang terbaik

F : Face
Hadapi masalah dengan benar dan yakin


G : Go
Berangkatlah dari kebenaran

H : Homework
Pekerjaan rumah adalah langkah penting untuk pengumpulan informasi

I : Ignore
Abaikan celaan orang yang menghalangi jalan anda mencapai tujuan

J : Jealously
Rasa iri dapat membuat anda tidak menghargai kelebihan anda sendiri

K : Keep
Terus berusaha walaupun beberapa kali gagal

L : Learn
Belajar dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya


M : Mind
Perhatikan urusan sendiri dan tidak menyebar gosip tentang orang lain

N : Never
Jangan terlibat skandal seks, ubat terlarang, alkohol dan apa-apa yang tidak baik

O : Observe
Amatilah segala hal di sekeliling anda. Perhatikan, dengarkan adan belajar dari orang lain

P : Patience
Sabar adalah kekuatan tak ternilai yang membuat anda terus berusaha

Q : Question
Pertanyaan perlu untuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu

R : Respect
Hargai diri sendiri dan juga orang lain


S : Self confidence, self esteem, self respect
Percaya diri, harga diri, citra diri, penghormatan diri akan membebaskan kita dari saat-saat tegang

T : Take
Bertanggungjawab pada setiap tindakan anda

U : Understand
Fahami bahawa hidup itu naik turun, namun tak ada yang dapat mengalahkan anda

V : Value
Nilai diri sendiri dan orang lain, berusahalah melakukan yang terbaik

W : Work
Bekerja dengan tekun, jangan lupa berdoa

X : X'tra
Usaha lebih keras membawa keberhasilan


Y : You
Anda dapat membuat suatu yang berbeza

Z : Zero
Tiada usaha tiadalah hasilnya


Friday, April 30, 2010

Life still has to go on..

Hurm..tonyte i really do feel like posting something here..yet i don't know what to start..my mind got everything to give in here but i'm kinda lost..one of my best fren said dats i'm emotional..yeah, i do feel like dat these few days..but when i think bout did, i'm emotional...a bit la...juz dat these fews days..nah, weeks, do make me a bit more emotional...life, environment, work...its all a pain in de ass..

Hurmmm....

Saturday, April 17, 2010

What N Why??The answer within...

What is life..if it is not for living?
What is love..if not for giving?
What is friendship..if not all sacrificing?
What is kindness..if not for helping???

What's in an apology..that makes it acceptable?
What's in a joke..that makes it laughable?
What's in a relationship..that makes it durable?
What's in a woman..that makes her desirable???

Why crack a joke..if it is not 'coz it is for sharing?
Why prolong a relationship..if it is not 'coz it is touching?
Why show love..if not 'coz for caring?
Why do anything..if not 'coz of wanting???

Every question, there's always an answer to it...but not because of it that we need to find all the answer...well, for sure it's good to know all the answer, if only we can..'coz in life some of them aren't meant for us... The important is to know the question, not the answer...

Live??Life??Love??

There's always be a start for everything...and this time, it's my start...new start for new breathing...or maybe a start for something that doesn't change... Thinking back, nothing really change...it's just how we interpret it...back to how we think...more important, how we want it to be...

But then again..for me..this is a start...a cycle that never end, or maybe never even start...i don't really give a damn...

As for a start, here's something to think about...if only we really want to think about...

Hidup adalah sebuah cerita panjang
setiap hari memulakan episod yg baru
kehidupan pula umpama dewan teater
di mana manusia teruk
sering mendapat tempat baik
semuanya lakonan semata
itulah yg dikatakan
hidup adalah satu memori duka
segala perlakuan kita tiada boleh dirahsiakan
semuanya umpama pekung di dada

Andainya anda mendedahkan rahsia pada angin
jangan terkejut jika angin menyampaikannya pada pokok
tiga orang boleh menyimpan rahsia
jika dua sudah meninggal dunia
jika seorang saja yg tahu satu rahsia
itulah sebenar dunia
namun...masih ada yg tahu hati kita

Ingatlah...
jika pemberian orang tidak dihargai
untuk apa kita harapkan orang lain menjaga hati kita?
betulkan diri sebelum membetulkan orang lain
jiwa kita adalah satu-satunya penjana
yg boleh membetulkan diri kita!!!

Hidup ini tidak akan sempurna
jika tidak ditimpa masalah
jadi lebih baik lupa dan tersenyum
daripada ingat dan berasa sedih
ketahuilah...bahawa pena adalah saksi
terhadap segala luahan isi hati
dan hati adalah rakan yg baik
kerana hati tak pernah berbohong...