Nuffnag Ads

Friday, August 27, 2010

Bersyukur, Redha & Terima Seadanya..

Bicara ttg soal hati, Bicara ttg soal perasaan terlalu sukar utk dimengertikan. Segalanya berhubung-kait dgn sebuah perjalanan kehidupan. Makanya, bolehlah kita rangkumkan bahawa apa saja yg ingin kita fikirkan, apa saja yg ingin kita perkatakan, segalanya tak boleh lari daripada persoalan kehidupan ini.

Sejauh mana kita semua mengakui ungkapan bahawa hidup ini indah? Setakat mana pula di antara kita nie yg boleh terima hakikat bahawa yg indah tue tak semestinya membawa bahagia? Atau mungkin jawapan kita 'entah' - kerana kita sendiri tak pasti kehidupan bagaimana yg kita inginkan.

Sebenarnya soal keinginan setiap makhluk bernama manusia tue tak pernah terpuaskan. Buatlah bagaimana cara sekalipun, rasa ketidakpuasan tue akan wujud juga - tidak banyak sekelumit pasti ada! Makanya, dari soal kehidupan yg tak pernah keterpuasan, kita bedepan pula dgn kerenah nafsu! Nafsu yg bila-bila masa boleh menguasai kita, merajai kita.

Tak kurang banyaknya di antara makhluk bernama manusia di muka bumi yg fana nie tewas kerana nafsu! Bila keinginan tak pernah terpenuhkan, tak pernah terpuaskan, nafsulah yg menjadi penjana, menjadi peledak kepada rasa tak puas hati tue. Jadinya bagaimana sekarang? Bagaimana kita mahu meneruskan kehidupan sementara nie?

Bersyukurlah...kerana dgnnya hati kita akan lebih terbuka utk menerima apa jua hakikat. Walau pahit, walau perit...jika kita sentiasa ingat, jika kita sentiasa bersyukur bila mendapat kurniaan yg baik-baik. Malah boleh menerima walau musibah melanda, kerana ketika tue kita sedar bahawa setiap kejadian ada hikmah terselindung di sebaliknya.

Kalau kita rungutkan ttg nasib diri, kalau kita hibakan malang yg sentiasa menimpa, kalau kita kesalkan kekurangan yg dirasa, makanya...percayalah, kita tak akan ke mana-mana!

Memang, bukan mudah utk menerima sebuah kenyataan pahit dan perit. Tapi jika kita tak pernah mencuba utk menerimanya, sampai bila-bila pun kita tak akan hidup selesa.

Dunia nie fana - tak kekal, tidak akan selamanya yg kita miliki akan terus menjadi hak kita. Kita sendiri pun entah berapa lama boleh menyedut udara di bumi nie sebelum segalanya deberhentikan dan kita pun kembali ke asalnya.

Sebab tue kita kena berbalik pada hati. Pujuklah hati utk belajar kenerima kebaikan juga keburukan. Kita sudah tahu bahawa kehidupan nie sesuatu tue dijadikan berpasang-pasangan. Bukan setakat kita makhluk bernama manusia nie saja yg dijadikan berpasangan, malah yg lain-lain juga begitu. Ada buruk, ada baiknya...ada dosa, ada pula pahala. Bila kita tahu mengawal hati, mengawal perasaan...makanya, akan lebih mudah utk kita memilih di antara dua tue.

Namun, nafsu memang sukar diduga! Berapa ramai di antara kita sudah tahu dan terang-terang sesuatu tue boleh mendatangkan keburukan, tetapi meneruskan juga langkah meredah bahaya. Sedangkan, ada alternatif lain utk mengelak. Lihatlah bagaimana nafsu telah membutakan hati seseorang!

Bersyukur, redha dan terima seadanya...kita mampu utk menjadi kuat...amin...

No comments:

Post a Comment