Nuffnag Ads

Saturday, June 19, 2010

Pernahkah...Cinta

Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang walaupun kamu tahu dia sudah berpunya dan walaupun kamu tahu cinta kamu mungkin tak berbalas...tapi kamu tetap mencintainya.
Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi orang yg kamu cintai, walaupun kamu tahu dia tak akan peduli ataupun dia peduli dan mengerti, tapi dia tetap pergi.
Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta, tersenyum di kala terluka, menangis di kala bahagia, bersedih di kala bersama, tertawa di kala berpisah.

Aku pernah!!!
Aku pernah tersenyum walaupun aku terluka kerana aku yakin bahawa dia memang dijadikan bukan utk aku.
Aku pernah menangis di kala bahagia, kerana aku takut kebahagiaan cinta itu akan lenyap begitu saja.
Aku pernah bersedih di kala bersamanya, kerana aku takut aku akan kehilangan dia suatu masa nanti.
Dan aku juga pernah tertawa di saat berpisah dengannya, kerana sekali lagi aku menyedari bahawa hakikat cinta tak semestinya bersatu dan pasti akan tersedia cinta yg lain utk aku.
Aku tetap dapat mencintainya walaupun dia tak dpt aku miliki, tak dpt aku dakap tubuhnya, kerana sebenarnya cinta memang ada dalam jiwa dan bukan dalam raga.

Semua org pasti pernah merasakan cinta, sama ada daripada org tua, sahabat, kekasih atau pasangan hidupnya.
Kepada yg sedang jatuh cinta - selamat menempuh alam percintaan kerana cinta itu sangat indah. Semoga berbahagia.
Kepada yg sedang terluka kerana cinta - hidup ini bagaikan roda yg terus berputar. Ada waktunya akan berada di bawah dan hidup terasa begitu sulit, tetapi keadaan itu bukan utk selamanya. Bersabar dan berdoalah kerana pasti ada cinta lain akan datang dan menghampiri kamu.
Kepada yg tidak percaya akan cinta - buka hati kamu, jgn menutup mata kpd keindahan yg ada di dunia...maka cinta akan membuat hidup kamu menjadi bahagia.
Kepada yg mengharapkan cinta - bersabarlah kerana cinta yg indah tidak terjadi dalam sekelip mata. Pasti akan hadir sesuatu yg terbaik utk kamu.
Kepada yg mempermainkan cinta - sesuatu yg begitu murni dan tulus bukanlah utk dipermainkan. Cinta bukan satu kehampaan. Semoga kamu berhenti mempermainkan cinta dan mulai merasakan kebahagiaan sejati.

1 comment:

  1. aku pernah merasa mencinta..mencinta tanpa kepastian yg aku dicintai...tp aku sgt bahagia untuk waktu yg sekejap...kerana aku dijaga n dikasihi...dlm hati masih mengharap ada kasih untukku..walaupun bukan cinta yg ku dpt..

    ReplyDelete