Nuffnag Ads

Thursday, May 27, 2010

Ku Ada Kamu

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
kau suluhkan sinar petunjuk,
di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
tabahlah menjunjung bersamaku,
andai hari esok dunia gelora,
takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
kau tampil dengan berani,
membimbing agar lebih yakin,
dan bila hidup penuh soalan,
kau berikan jawapan,
melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
tabahlah menjunjung bersamaku,
andai hari esok dunia gelora,
takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
tabahlah menjunjung bersamaku,
andai hari esok dunia gelora,
takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Wednesday, May 26, 2010

6 Tahap Cinta

Hubungan percintaan tentu saja tidak terjadi dgn sendirinya - pasti ada awal dan akhir. Apakah akan berakhir dlm pernikahan atau tidak, sebenarnya bergantung kepada kedua-dua pasangan tersebut. Dalam percintaan ada tujuh tahap yg harus dilalui oleh pasangan. Kalau nasib baik, cukup hanya perlu melalui enam tahap sahaja. Tapi kalau kurang beruntung, terpaksalah melalui tujuh tahap tersebut. Setiap pasangan pasti mengalami saat-saat sulit ketika melewati tahap-tahap tersebut. Dan penyebab terbanyak adalah kecurangan. So check la...awak orang punya percintaan dah sampai mana...

1. Tahap Kegembiraan
Masa ini juga disebut masa magik. Yalah, ketika asmara berada di puncaknya, si dia menjadi orang yg paling luar biasa. Segalanya nampak indah dan hebat. Jgn sebut soal logik di sini kerana itu tak ada gunanya.
Maka jgn hairan jika banyak ungkapan-ungkapan cinta yg tidak masuk akal. Langkah pertama ini biasanya berlangsung secara tidak sengaja. Ada yg bertemu di kampus, pejabat atau tempat umum lainnya.

2. Tahap Mengkhayal
Jika pasangan sudah mulai rapat, maka awak orang akan memasuki tahap ini. Mereka akan sibuk membuat pelbagai andai. Misalnya, seandainya menikah, punya anak, dan sebagainya. Dalam tahap ini, keburukan pasangan biasanya belum kelihatan. Masing-masing berusaha menunjukkan yg terbaik dari dirinya.
Seseorang itu cenderung meremehkan sikap negatif pasangannya. Mereka yakin bahawa pasangan akan berubah jika bersamanya, kerana ketika itu segalanya kelihatan bagus - pasangan cenderung mendustai diri sendiri.
Banyak kepura-puraan dilakukan hanya agar nampak hebat di depan si dia. Pendustaan dan khayalan inilah yg nantinya sering membuat pasangan putus di tengah jalan.

3. Tahap Penemuan
Tentu semua sedar bahawa kepura-puraan itu ada batasnya. Tak semua sanggup terus bersandiwara. Makanya, sedikit demi sedikit peribadi si dia mulai kelihatan. Sisi-sisi negatif si dia mulai jadi penghangat keadaan. Tambahan jika pihak luar ikut campur. Misalnya dgn membocorkan sifat si dia yg sesungguhnya. Kritikan tak sedap dari teman dan keluarga juga mulai mempengaruhi. Awak orang didorong untuk melihat kekasih dgn mata yg jernih.
Kalau masing-masing pasangan tidak berusaha utk bertoleransi dan membuang ego, mustahil rasanya hubungan tersebut boleh diteruskan. Pasangan yg saling mengerti, biasanya dapat menyelesaikan masalah tanpa harus merosak hubungan yg telah terjalin. Di tahap ini pula, kesempatan utk mengubah pasangan terbuka lebar.

4. Tahap Kekecewaan
Tiba-tiba si dia berubah. Itu hal biasa yg kita ungkapkan jika sedang kecewa terhadap kekasih. Sebenarnya perubahan itu bukan berlaku pada pasangan, melainkan perspektif awak. Dulu awak melihat larangannya utk itu dan ini sebagai tanda sayang. Tapi kini, awak menganggap hal tersebut merupakan kongkongan.
Tahap ini menjadi pemicu perubahan diri. Mencuba utk menerima bahawa sikap itu merupakan sesuatu yg wajar. Tidak ada manusia yg sempurna. Namun sebahagian pasangan yg terlalu kecewa, ada pula yg mengambil keputusan menamatkan hubungannya.

5. Tahap kompromi
Ini biasanya utk hubungan yg separuh serius. Saling menyesuaikan diri antara satu sama lain, menerima perbezaan yg ada serta kesediaan utk memaafkan.
Dalam tahap ini pasangan dituntut utk saling percaya dan meyakini bahawa tiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya jika mahu bersama. Memang memenatkan, tapi inilah namanya pengorbanan jika ingin bahagia bersama si dia.

6. Tahap Bersatu
Wah, ini yg ditunggu-tunggu. Pertunangan...pernikahan atau hidup bersama merupakan salah satu di antaranya. Di tahap ini, pasangan biasanya sudah saling percaya. Betapa pun buruknya nasib yg menimpa, awak dan pasangan tidak akan goncang. Semua itu malahan makin mengeratkan hubungan.

~Percaya...atau tidak??~

Tuesday, May 18, 2010

Siapa Punya Handphone???

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan sebuah kelab eksklusif setelah selesai panaskan badan di gym. Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Salah seorang daripada lelaki menjawab panggilan tersebut.

Lelaki: Hello...
- Abang, ni Ayang ni!
Lelaki: Hmmm...
- Abang masih kat kelab lagi ke?
Lelaki: Hmmm...
- Ayang sekarang ni kat shopping complex dua blok dari kelab abang tu. Ayang ada nampak kain sutera terbaru...cantik bang. Boleh Ayang beli?
Lelaki: Berapa harganya
- RM1500 je...
Lelaki: Belilah kalau Ayang suka. Beli la dua tiga helai.
- Thanks bang! Tadi sebelum datang sini Ayang ada singgah tengok Mercedes model terbaru. Ayang dah bincang dgn jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price...
Lelaki: Berapa harga dia bagi?
- RM280,000...
Lelaki: Tapi pastikan harga tu dah on the road.
- Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi...
Lelaki: Apa?
- Abang jgn terkejut, Ayang semak akaun abang dan...pagi tadi Ayang singgah di pejabat ejen hartanah. Ayang dapat tahu rumah yg kita tengok tahun lepas tu...sekarang ni dah ready utk dijual! Ala...rumah yg ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dgn pantai tu...
Lelaki: Berapa harganya?
- RM740,000...
Lelaki: Kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga RM700,000.
- Terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye! I Love You!!
Lelaki: Bye...I Love You too!

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone, kemudian menjerit, "Siapa punya handphone ni?!"

6 Cara Basmi Virus 'Curang'

Dapatkah satu-satu hubungan yg diserang virus 'curang' diselamatkan? Apakah kita harus berjuang untuk mendapatkan si dia kembali? Jawapannya mudah saja - Terserah kita!!!

1. Ketahui soal kecurangan sedalam mungkin
Inilah hal yg paling penting. Walau pahit, kita perlu membicarakan masalah kecurangan ini dgn si dia agar dia sedar bahawa kita ini tidak akan dapat dikhianati

2. Tidak percaya dan menolak kenyataan
Biasanya, reaksi pertama ketika mengetahui si dia curang adalah tidak percaya dan menolak kenyataan tersebut. Penolakan terhadap apa yg terjadi merupakan sesuatu yg sihat untuk melindungi diri. Pada saat genting seperti ini, amat penting kita menjaga perasaan kita sendiri. Rasa malu yg bakal timbul krn berasa jadi orang terbodoh di dunia ini adalah wajar.

3. Jangan terlalu berlebihan
Jika kita terlalu sedih, kita boleh memusnahkan diri. Yg perlu kita ketahui, kita tidak akan pernah menjadi orang yg sama kembali, kita lebih matang dgn pengalaman-pengalaman yg dilalui.

4. Jangan pendam perasaan
Jangan pendam perasaan, biarkan si dia tahu bahawa kita marah dan dia harus menerimanya.

5. Terima kenyataan
Cara paling sihat utk mengatasi kecurangan adalah menghilangkan rasa marah dan berjanji pd diri sendiri utk tidak membenarkan hal spt ini terjadi lagi. Seandainya dia mmg bukan manusia yg sempurna, hmm...tak ada sesiapa yg sempurna pun. Namun, sekurang-kurangnya kita tahu bahawa dia bukan orang yg tepat utk kita.

6. Maafkan dia
Cara terakhir adalah memaafkan. Ketika kita memaafkan orang lain, sebenarnya kita juga memaafkan diri sendiri dan itu boleh mempercepatkan hati kita yg luka utk sembuh. Kalau tak boleh, bye-bye saja!

Bahasa Bunga...Rahsianya

Jika tiba-tiba seorang jejaka menghadiahkan kamu sekuntum atau mungkin sejambak bunga, jgn cepat dilanda perasaan dulu yek. Ini krn bkn semua bunga yg dihadiahkan tue memberi makna yg sama. Maybe secara tak sengaja si jejaka telah melahirkan apa yg sedang difikirkannya time tue. So awek-awek sekalian, jom kita intai-intai apa makna bunga yg dihadiahkan tue...

Bluebell (Bunga Loceng)
"Saya akan sentiasa setia kpd dirimu"

Buttercup
"Kecantikan awak sgt memikat hatiku"

Carnation (Pink)
"Terima kasih"

Carnation (Merah)
"Saya perlu berjumpa dgn awak"

Carnation (Putih)
"Saya serahkan sepenuh cinta saya kpd awak"

Chrysanthemun (Gangsa)
"Saya suka awak tapi saya tak mungkin jatuh cinta dgn awak"

Chrysanthemun (Kuning)
"Saya sukakan awak tetapi sebenarnya hati saya telah dimiliki oleh orang lain"

Chrysanthemun (Putih)
"Saya sgt2 mempercayai kesetiaan awak dan tidak mungkin akan berpaling kpd orang lain"

Daffodil
"Maaf! Saya tidak dapat membalas cinta yg kamu hulurkan"

Evening Primrose
"Saya meminati kamu"

Fuschia
"Berhati-hati! Orang yg kamu cintai nie sebenarnya membawa byk masalah kpd dirimu"

Gladiolus
"Kata-kata kamu melukakan hatiku"

Honeysuckle
"Terimalah bunga nie sbg tanda cinta yg mendalam terhadap dirimu"

Iris
"Kamu dah nyalakan api cinta yg membara di dlm jiwaku ini"

Ivy
"Jumpa saya malam ini pukul tujuh malam. Ingat tau! Jgn lupa!"

Lilac (Ungu)
"Kamulah cinta pertama saya"

Lilac (Putih)
"Kamu sungguh menawan dan semangatmu sgt ku kagumi"

Lily (Tiger Lilies)
"Cinta tidak mengenal erti sempadan dan sentiasa mewangi untukmu"

Lily (Lily Putih)
"Lupakan diriku krn sesungguhnya aku tidak sepadan dgn dirimu"

Lily (Lily of the Valley)
"Saya hanya mahu kamu sbg kawan biasa tidak lebih drpd itu"

Poppy
"Boleh tolong sabar sikit tak? Kamu terlalu memaksa saya!"

Rose (Merah)
"I love you"

Rose (Kuning)
"Saya dah jatuh cinta dgn orang lain. Maafkan saya!"

Rose (Putih)
"Saya tidak cinta pd kamu, harap kamu akan faham"

Sweet-pea
"Saya sgt menghargai setiap kenangan kita bersama. Ku harap kau begitu juga"

Tulip
"I'm crazy about you! Only you!"

Violet
"You're so sweet!"

Wallflower
"Biar apa yg berlaku, saya akan sentiasa menyintai awak"


Betul atau tak??? Nak percaya??? Langsung tak boleh dipercayai???
Terpulang saja......!!!!!

Monday, May 17, 2010

Air Mata Wanita...

Tuhan berkata :

"Ketika AKU menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia: namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"AKU memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang daripada anak-anaknya."

"AKU memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"AKU memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"AKU memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kekadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa yang diperlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dipakainya, susuk yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya...Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat di mana cinta itu ada.

Thursday, May 13, 2010

Because I'm A Girl

It's impossible to understand what's going through a guy's mind
You told me that you wanted me and now that I've given you everything
you tell me you're leaving
You told me that it was the first time you felt this way and said that I was special
I believed you...and it was my happiness

You should have told me that your feelings had faded
I had no idea, and I continued to depend on you
Although I say I hate you now, I'll be missing you
Because I'm a girl, to whom love is everything

They say that when you give a guy all he wants he quickly gets bored
And now I know that's the truth
And although I tell myself, I'll never be tricked by love again
I fall in love, and my heart is broken again

Please don't break the hearts of girls who'll do anything for love
I didn't know that living this life while being love would be so hard

Today we broke up
You told me to meet someone better than you, and be happy
You're just like all the other guys
What happened to when you told me that you loved me?
Honestly, I don't want you to be happy
What am I going to do if you really forgot about me
I'm in so much pain, more pain than I can bare
Because I'm still in love with you

Friday, May 7, 2010

Ekspresi Emosi Lelaki

Lelaki sering kelihatan macam tak ada gangguan emosi. Semuanya kelihatan mendatar tetapi sebaik ada tanda-tanda emosi, yang kelihatan adalah marah-marah.

Sejak dulu sampai sekarang, kata 'emosi' nie dikaitkan dgn reaksi kuat perasaan seseorang. Bezanya, dulu lelaki dan wanita sama-sama dianggap amat tabu kalau menunjukkan emosi, spt tertawa terbahak-bahak, menangis atau melepas marah. Seiring bergeraknya waktu, perbezaan peranan lelaki dan wanita juga besar. Lelaki 'diwajibkan' utk bekerja mencari nafkah dan dituntut makin agresif dan kompetitif.

Selain itu, sudah jadi peraturan bahawa lelaki tugasnya melindungi keluarga. Makanya dari dulu lelaki tak boleh menunjukkan emosinya. Dari sudut fizikal, bawaan biologis boleh juga mempengaruhi. Hormon testosteron yang dihasilkan oleh lelaki punya kecenderungan utk membuatnya agresif dan dominan, sementara sindroma pra-haid membuat wanita punya emosi turun naik.

Menangis??? Lelaki biasanya pantang menangis dan alergi melihat orang menangis. Pendapat spt nie ternyata msh berlaku sampai skrg. Yg menariknya lagi, para atlet yg dianggap sbg lelaki kuat, malah blh sering kelihatan menangis di depan umum ketika kalah atau menang satu-satu pertandingan.

Meskipun tiap-tiap budaya punya cara pelampiasan emosi yg berbeza dan beragam, di mana-mana lelaki cenderung tak blh mengekspresikan emosinya dibandingkan wanita. Makanya lelaki seringkali bingung apabila berdepan dgn wanita menangis. Alasannya, amat sukar bagi lelaki utk memahami emosi wanita dan cara mereka melampiaskan emosinya tue.

Tidak hairan jika kebanyakan lelaki lbh suka menghindar kalau wanita sudah mulai menunjukkan emosinya.

Jgn salah tanggapan, biarpun demikian lelaki juga blh emosional, terutamanya jika mereka...
> mendapat tanggapan negatif dari wanita
> kehilangan orang yg dicintai
> tak mampu meraih keinginan atau harapan
> mendapat anak
> dipermainkan orang
> berasa kesepian
> berhasil menyelesaikan hal yg direncankan sejak lama (hampir sama dgn wanita)

Tak perlu panik, hadapi saja dgn cara begini...
> bersikap peka - krn tanda-tanda yg mereka keluarkan terlalu minimum
> tunggu saat yg tepat utk membicarakan sst. Jgn dtg2 langsung bla.. bla.. bla...
> ada hal-hal tertentu yg lbh baik jgn diungkapkan sama sekali, soalnya kalau diungkit mungkin semakin besar ributnya
> lbh baik mengungkapkan simpati dibanding mengungkapkan kebimbangan kita yg seringkali berlebihan
> tak over-reactive
> enjoy saja ketika mereka mengungkapkan perasaan positif
> bantu mengenali pelbagai jenis emosi dgn cara mengungkapkan pelbagai emosi kita
> bersikap terbuka sehingga dia tak ragu-ragu mengutarakan perasaannya

Tahu tak???
> ekspresi emosi lelaki blh dipicu oleh sst yg ekstrem, misalnya yg sgt menyedihkan atau membahagiakan. Begitu pula dgn olahraga atau sst yg 'keras' dan menantang
> lelaki lbh mudah kena stroke atau nervous breakdown kerana emosi negatifnya lbh byk ditumpu dan dipendam yg akhirnya blh mengganggu saraf
> hanya satu di antara 100 lelaki yg mampu menghadapi masa-masa sulit ketika pasangannya sakit tenat
> biarpun suka diprotes gara-gara tak blh mengekspresikan perasaan, ternyata kebanyakan wanita lbh suka dgn lelaki yg tampak maskulin

Wednesday, May 5, 2010

Empty Soul There...

Take a walk
outside your mind
tell me how it feel to be...
the one who turn
a knife inside of me.
Take a look and you will find
there's nothing there, i swear...
cause there's a hole
in my soul

Tuesday, May 4, 2010

Kenangan Manis

Tetibe...aku 'ter'rajin plak nak bukak fail u aku...xbyk mane pon yg ade dlm tue...yg byk pon note2 study jer...tp nk kate byk pon byk lg paper2 study yg menimbun dlm bilik aku nie...huh,keje xde kene mengene plak dgn ape yg aku blaja dulu...wpn dulu mcm dh agak...

Tp lantak la...dlm byk2 yg best aku tatap, sume gmbr2 yg mana sempat aku terakam spjg aku kat u dulu tue...kosmate aku,kolejmate aku...windu sey korg sume...wpn sume dh menjauh skrg nie, tp dlm hati tetap ade...bese la mcm kate adnan sempit...dlm hati ada taman beb...haha...

Sure rindu beb bile terungkap balik citer2 lame..lg time aku final year...da most lively time in universiti...Windu ar korg sume, Luv u all bebeh...












A piece of da sweetest...

Monday, May 3, 2010

A to Z


A : Accept
Terimalah diri anda sebagaimana adanya

B : Believe
Percayalah terhadap kemampuan anda untuk meraih apa yang anda inginkan dalam hidup

C : Care
Pedulilah pada diri yg sebenarnya berkemampuan untuk meraih apa yang diingini dalam hidup

D : Direct
Arahkan fikiran pada hal-hal positif yang meningkatkan kepercayaan diri

E : Earn
Terimalah penghargaan yang diberi orang lain dengan tetap berusaha menjadi yang terbaik

F : Face
Hadapi masalah dengan benar dan yakin


G : Go
Berangkatlah dari kebenaran

H : Homework
Pekerjaan rumah adalah langkah penting untuk pengumpulan informasi

I : Ignore
Abaikan celaan orang yang menghalangi jalan anda mencapai tujuan

J : Jealously
Rasa iri dapat membuat anda tidak menghargai kelebihan anda sendiri

K : Keep
Terus berusaha walaupun beberapa kali gagal

L : Learn
Belajar dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya


M : Mind
Perhatikan urusan sendiri dan tidak menyebar gosip tentang orang lain

N : Never
Jangan terlibat skandal seks, ubat terlarang, alkohol dan apa-apa yang tidak baik

O : Observe
Amatilah segala hal di sekeliling anda. Perhatikan, dengarkan adan belajar dari orang lain

P : Patience
Sabar adalah kekuatan tak ternilai yang membuat anda terus berusaha

Q : Question
Pertanyaan perlu untuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu

R : Respect
Hargai diri sendiri dan juga orang lain


S : Self confidence, self esteem, self respect
Percaya diri, harga diri, citra diri, penghormatan diri akan membebaskan kita dari saat-saat tegang

T : Take
Bertanggungjawab pada setiap tindakan anda

U : Understand
Fahami bahawa hidup itu naik turun, namun tak ada yang dapat mengalahkan anda

V : Value
Nilai diri sendiri dan orang lain, berusahalah melakukan yang terbaik

W : Work
Bekerja dengan tekun, jangan lupa berdoa

X : X'tra
Usaha lebih keras membawa keberhasilan


Y : You
Anda dapat membuat suatu yang berbeza

Z : Zero
Tiada usaha tiadalah hasilnya