Nuffnag Ads

Wednesday, May 26, 2010

6 Tahap Cinta

Hubungan percintaan tentu saja tidak terjadi dgn sendirinya - pasti ada awal dan akhir. Apakah akan berakhir dlm pernikahan atau tidak, sebenarnya bergantung kepada kedua-dua pasangan tersebut. Dalam percintaan ada tujuh tahap yg harus dilalui oleh pasangan. Kalau nasib baik, cukup hanya perlu melalui enam tahap sahaja. Tapi kalau kurang beruntung, terpaksalah melalui tujuh tahap tersebut. Setiap pasangan pasti mengalami saat-saat sulit ketika melewati tahap-tahap tersebut. Dan penyebab terbanyak adalah kecurangan. So check la...awak orang punya percintaan dah sampai mana...

1. Tahap Kegembiraan
Masa ini juga disebut masa magik. Yalah, ketika asmara berada di puncaknya, si dia menjadi orang yg paling luar biasa. Segalanya nampak indah dan hebat. Jgn sebut soal logik di sini kerana itu tak ada gunanya.
Maka jgn hairan jika banyak ungkapan-ungkapan cinta yg tidak masuk akal. Langkah pertama ini biasanya berlangsung secara tidak sengaja. Ada yg bertemu di kampus, pejabat atau tempat umum lainnya.

2. Tahap Mengkhayal
Jika pasangan sudah mulai rapat, maka awak orang akan memasuki tahap ini. Mereka akan sibuk membuat pelbagai andai. Misalnya, seandainya menikah, punya anak, dan sebagainya. Dalam tahap ini, keburukan pasangan biasanya belum kelihatan. Masing-masing berusaha menunjukkan yg terbaik dari dirinya.
Seseorang itu cenderung meremehkan sikap negatif pasangannya. Mereka yakin bahawa pasangan akan berubah jika bersamanya, kerana ketika itu segalanya kelihatan bagus - pasangan cenderung mendustai diri sendiri.
Banyak kepura-puraan dilakukan hanya agar nampak hebat di depan si dia. Pendustaan dan khayalan inilah yg nantinya sering membuat pasangan putus di tengah jalan.

3. Tahap Penemuan
Tentu semua sedar bahawa kepura-puraan itu ada batasnya. Tak semua sanggup terus bersandiwara. Makanya, sedikit demi sedikit peribadi si dia mulai kelihatan. Sisi-sisi negatif si dia mulai jadi penghangat keadaan. Tambahan jika pihak luar ikut campur. Misalnya dgn membocorkan sifat si dia yg sesungguhnya. Kritikan tak sedap dari teman dan keluarga juga mulai mempengaruhi. Awak orang didorong untuk melihat kekasih dgn mata yg jernih.
Kalau masing-masing pasangan tidak berusaha utk bertoleransi dan membuang ego, mustahil rasanya hubungan tersebut boleh diteruskan. Pasangan yg saling mengerti, biasanya dapat menyelesaikan masalah tanpa harus merosak hubungan yg telah terjalin. Di tahap ini pula, kesempatan utk mengubah pasangan terbuka lebar.

4. Tahap Kekecewaan
Tiba-tiba si dia berubah. Itu hal biasa yg kita ungkapkan jika sedang kecewa terhadap kekasih. Sebenarnya perubahan itu bukan berlaku pada pasangan, melainkan perspektif awak. Dulu awak melihat larangannya utk itu dan ini sebagai tanda sayang. Tapi kini, awak menganggap hal tersebut merupakan kongkongan.
Tahap ini menjadi pemicu perubahan diri. Mencuba utk menerima bahawa sikap itu merupakan sesuatu yg wajar. Tidak ada manusia yg sempurna. Namun sebahagian pasangan yg terlalu kecewa, ada pula yg mengambil keputusan menamatkan hubungannya.

5. Tahap kompromi
Ini biasanya utk hubungan yg separuh serius. Saling menyesuaikan diri antara satu sama lain, menerima perbezaan yg ada serta kesediaan utk memaafkan.
Dalam tahap ini pasangan dituntut utk saling percaya dan meyakini bahawa tiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya jika mahu bersama. Memang memenatkan, tapi inilah namanya pengorbanan jika ingin bahagia bersama si dia.

6. Tahap Bersatu
Wah, ini yg ditunggu-tunggu. Pertunangan...pernikahan atau hidup bersama merupakan salah satu di antaranya. Di tahap ini, pasangan biasanya sudah saling percaya. Betapa pun buruknya nasib yg menimpa, awak dan pasangan tidak akan goncang. Semua itu malahan makin mengeratkan hubungan.

~Percaya...atau tidak??~

No comments:

Post a Comment